Saturday, July 23, 2016

Selamat Menduduki Percubaan UPSR

SELAMAT MENDUDUKI PERCUBAAN UPSR 2016
24 JULAI 2016- 27 JULAI 2016


ADMIN DOAKAN SEMUA ANAK-ANAK MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG.
AMIN

Monday, July 11, 2016

SALAM AIDILFITRI


 

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN 
DARIPADA WARGA SK DALAM WANG

MOHON SEMUA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT

Wednesday, June 8, 2016

Sila hubungi kami

Lokasi SK Dalam Wang didalam peta.








___________________________________________________________________
SK DALAM WANG
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN

NO TELEFON                     : 04-4720012
EMAIL                                 : skdalamwang@gmail.com

Wednesday, June 1, 2016

Salam Ramadhan



Tak lama lagi tiba la bulan yang dinantikan oleh seluruh Umat Islam.. yakni Ramadhan.
maka posa betul-betul ye. jangan ponteng..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

ikhlas..  admin SK Dalam Wang

SEJARAH SK DALAM WANG

Sejarah SK Dalam Wang bermula pada tahun 1963 apabila sebidang tanah telah diwakafkan untuk membangunan pendidikan penduduk setempat. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bertujuan pembinaan sekolah yang diterajui oleh:
  1. En Lebai Mat Zain bin Abd latif
  2. Abdullah binYaakub
  3. En Lebai Din bin Jusuh
  4. En Ismail bin Md Amin
  5. En Taib bin Lahamat
  6. En Awang Embun bin Hasan
  7. En Abd Rahman bin Yahya
  8. En Abd Shaari bin Awang Kecik
Tn Haji Zin bin Haji Ahmad dari Kelantan merupakan Guru Besar pertama SK Dalam Wang, namun sekolah ini hanya mampuu bertahan 18 bulan sahaja kerana pentadbiran sekolah mengalami pelbagai masalah sehingga terpaksa ditutup. Tidak lama selepas itu, sebuah jawatankuasa diwujudkan kembali bagi memantapkan lagi penubuhan sekolah yang terdiri daripada:
  1. En Che Dol bin Samah
  2. En Abdullah bin Yaakub
  3. En Lebai Mat Zain bin Abd Latif
  4. En Abd Rahman bin Hj Yahya
  5. En Ibrahim bin Lembut
  6. En Abd Majid bin Ahmad
Dengan kerjasama jawatankuasa ini bersama Tn Hj Ahmad JP dari Kupang dan Tn Hj Daud bin Mohamad dari Bongor, maka terdirilah sebuah bangunan baru yang mempunyai tiga bilik darjah. Tapak sekolah ini dibeli dari pengusahanya dengan bayaran wang yang dikumpul dari orang ramai dengan harga dua ratus ringgit.
 
Tiga bulan kemudian jawatankuasa berkenaan telah dijemput ke Kuala Pegang untuk menghadiri suatu majlis perbincangan yang juga disertai oleh Jawatankuasa Sekolah Rakyat yang lain. Jawatankuasa sekolah ini  terdiri daripada:
  1. En Che Dol bin Samah
  2. En Ibrahim bin Lembut
  3. En lebai Mat Zain bin Abd Latif
  4. En Abd Rahman bin Hj Yahya
Di dalam perbincangan tersebut En Lebai Mat Zain mencadangkan supaya Sek Dalam Wang dijadikan Cawangan Sek Pulai. Cadangan beliau telah dipersetujui oleh Guru Besar Sek Pulai, En Ashaari. Seminggu kemudian JPN telah menghantar En Hashim bin Cik Sebagai Guru Besar dan En Ahmad bin Bakar sebagai Guru Penolong.
 
Beberapa tahun kemudian, kerajaan telah membina sebuah bangunan baru di atas tapak seluas 4.5 ekar dan dirasmikan oleh YAB MB Kedah, Datuk Syed Omar Sahabuddin pada 23 Mac 1963.
 
Pada 31 Disember 1983 sebuah bangunan kilat dua bilik darjah didirikan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada 23 Jun 1993 bangunan tambahan dua tingkat yang mempunyai enam bilik darjah didirkan dan dapat digunakan pada 27 Ogos 1995.